Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

At Taariq

1

ﭑ ﭒ ﭓ

Demi langit dan At-Taariq.

2

ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia At-Taariq itu?

3

ﭙ ﭚ ﭛ

(At-Taariq) ialah bintang yang menembus (sinaran cahayanya).

4

ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga.

5

ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ

Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan.

6

ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim).

7

ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ

Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.

8

ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

9

ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya).

10

ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ

Maka tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan, dan tidak ada penolong.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768