Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

At Taghaabun

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah; bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2

ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ

Dialah yang mencipta kamu; maka di antaramu ada yang kafir dan sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

3

ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan benar dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepada-Nyalah tempat kembali.

4

ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

5

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ

Bukankah telah sampai kepada kamu berita mengenai orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

6

ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ

Demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan maka mereka berkata: Patutkah manusia memberi petunjuk kepada kami? Lalu mereka kufur serta berpaling; dan Allah tidak memerlukan mereka; dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi Tetap terpuji.

7

ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ

Orang kafir mengatakan bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

8

ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta cahaya Al-Qur'an yang Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

9

ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ

(Ingatlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan, itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal salih, nescaya Allah ampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

10

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ

Dan orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di dalamnya; itulah seburuk-buruk tempat kembali.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768