Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Luqman

1

ﭑ ﭒ

Alif, Laam, Miim.

2

ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi hikmat-hikmat yang tetap kukuh.

3

ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ

Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.

4

ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ

Iaitu orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari Kiamat.

5

ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya.

6

ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ

Dan di antara manusia ada orang yang membelanjakan hartanya kepada perkara yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan dari agama Allah tanpa sebarang pengetahuan; dan menjadikannya sebagai ejek-ejekan; merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

7

ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuh, seolah-olah ia tidak mendengarnya, seakan-akan pada dua telinganya ada penyumbat; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

8

ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.

9

ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ

Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah janji yang tetap benar; dan Dialah jua yang Maha Kuasa. lagi Maha Bijaksana.

10

ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ

Ia menciptakan langit tanpa bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang supaya bumi itu tetap tidak menghayun kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768