Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Maryam  

1

ﭑ ﭒ

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. 19001

 

2

ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ

Ini ialah perihal limpah rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya Zakaria. 19002

 

3

ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ

Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, dengan doa permohonan secara perlahan. 19003

 

4

ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Ia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulangku, dan berubanlah kepalaku; dan aku ya Tuhanku! tidak pernah hampa berdoa kepada-Mu. 19004

 

5

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

Dan sesungguhnya aku bimbangkan kaum kerabatku sepeninggalanku; dan isteriku seorang yang mandul; maka kurniakanlah daku dari sisimu seorang anak. 19005

 

6

ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai. 19006

 

7

ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira buatmu dengan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah namakan sebelumnya. 19007

 

8

ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ

Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku mandul, dan aku sendiri telah sampai umur yang amat tua? 19008

 

9

ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Penyeru itu berkata: Demikianlah! firman Tuhanmu: Hal itu mudah bagi-Ku, sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu sedangkan kamu belum ada. 19009

 

10

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ

Zakaria berkata: Ya Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku. Allah berfirman: Tandamu ialah kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat. 19010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768