Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Nuh' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Nuh' LIMIT 0,10  
Nuh  

1

ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ


Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih. 71001

 

2

ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ


Ia pun (menyeru mereka dengan) berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. 71002

 

3

ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ


Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepada-Nya, serta taatlah kamu kepadaku. 71003

 

4

ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ


Allah mengampunkan bagimu sebahagian dari dosa-dosamu, dan memberi kamu hidup hingga ke suatu masa yang tertentu; Sesungguhnya ajal (yang ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui. 71004

 

5

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ


Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam. 71005

 

6

ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ


Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). 71006

 

7

ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ


Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan jari mereka ke dalam telinga mereka dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau-lampau. 71007

 

8

ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ


Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang. 71008

 

9

ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ


Kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka secara terang-terang dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan. 71009

 

10

ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ


Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. 71010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768