Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Qaaf  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ

Qaaf. Demi Al-Qur'an yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya. 50001

 

2

ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ

Bahkan mereka hairan kerana datang seorang pemberi amaran dari kalangan mereka sendiri; lalu orang kafir itu berkata: Ini adalah suatu yang aneh! 50002

 

3

ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ

Adakah kita akan kembali hidup sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh dari kemungkinan berlaku. 50003

 

4

ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ

Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang di makan oleh bumi sedikit demi sedikit dari mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang memelihara. 50004

 

5

ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ

Bahkan mereka mendustakan kebenaran apabila sampai kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. 50005

 

6

ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

Maka tidakkah mereka memandang ke langit di atas mereka, bagaimana Kami membinanya serta Kami menghiasinya, dan tiada padanya retak-renggang? 50006

 

7

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ

Dan bumi ini, Kami hamparkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? 50007

 

8

ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ

Sebagai perhatian dan peringatan, kepada tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya. 50008

 

9

ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ

Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun tanaman dan biji-bijian yang dituai. 50009

 

10

ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ

Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang berlapis-lapis, lagi lebat putiknya. 50010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768