Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Saad
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ
Saad; demi Al-Qur'an yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. 38001
2
ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ
Bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran. 38002
3
ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ
Berapa banyak umat yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat melepaskan diri. 38003
4
ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ
Dan mereka merasa hairan, bahawa mereka didatangi pemberi amaran dari kalangan mereka. Dan orang kafir berkata: Ini adalah ahli sihir, lagi pendusta. 38004
5
ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ
Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan! 38005
6
ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Dan keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka dengan berkata: Berjalanlah dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhanmu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang sangat-sangat dikehendaki. 38006
7
ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ
Kami tidak pernah mendengar tentang itu dalam agama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata. 38007
8
ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ
Patutkah wahi peringatan itu diturunkan kepadanya di antara kita? Bahkan mereka ragu-ragu tentang peringatan-Ku itu, Bahkan mereka belum lagi merasai azab. 38008
9
ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ
Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Melimpah pemberian-Nya? 38009
10
ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ
Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya? Jika ada, maka biarlah mereka mendaki tangga-tangga langit. 38010