Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Saba  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ

Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi-Nyalah segala puji di akhirat; dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. 34001

 

2

ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ

Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang dikeluarkan daripadanya, dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya; dan Dialah yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun. 34002

 

3

ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ

Dan orang kafir berkata: Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami. Katakanlah: Bahkan! demi Tuhanku yang mengetahui perkara yang ghaib, Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. 34003

 

4

ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ

Supaya Tuhan membalas orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. 34004

 

5

ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ

Dan orang yang berusaha menentang ayat-ayat Kami; mereka itu akan beroleh azab, dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 34005

 

6

ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ

Dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 34006

 

7

ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ

Dan orang kafir berkata: Mahukah kami tunjukkan kepadamu seorang lelaki yang akan menjelaskan kepadamu bahawa apabila kamu hancur sehancur-hancurnya, sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baharu? 34007

 

8

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ

Adakah ia berdusta terhadap Allah, atau ada penyakit gila padanya? Bahkan orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap beroleh azab seksa yang amat buruk dan berada dalam kesesatan yang jauh. 34008

 

9

ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ

Tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya. 34009

 

10

ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Daud kurnia dari Kami dengan firman: Hai, gunung-ganang ulangilah mengucap tasbih bersama dengannya! Dan begitu juga burung-burung. Kami juga telah melembutkan besi bagi-Nya. 34010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768