Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Ad Dukhaan  

1

ﭑ ﭒ

Haa, Miim. 44001

 

2

ﭓ ﭔ ﭕ

Demi Al-Qur'an! Kitab yang menerangkan kebenaran. 44002

 

3

ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. 44003

 

4

ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ

Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. 44004

 

5

ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. 44005

 

6

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ

Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 44006

 

7

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ

Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang yang yakin. 44007

 

8

ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan; Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang lalu. 44008

 

9

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. 44009

 

10

ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang nyata. 44010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 |