Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Ahzab' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Ahzab' LIMIT 0,10  
Al Ahzab  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ

Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah, dan janganlah kamu turuti orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 33001

 

2

ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Dan turutlah akan apa yang diwahikan kepadamu dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 33002

 

3

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ

Dan berserahlah kepada Allah, kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu. 33003

 

4

ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ

Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu zihaarkan itu sebagai ibumu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dimulutmu sahaja. Dan Allah menerangkan yang benar dan Dialah yang memimpin ke jalan yang betul. 33004

 

5

ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ

Panggillah anak-anak angkat itu dengan nama bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Maka jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula-maula kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi berdosa perbuatan yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 33005

 

6

ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ

Nabi itu lebih mengutamakan orang yang beriman daripada diri sendiri; dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. Dan orang yang mempunyai pertalian darah, setengahnya lebih berhak akan setengahnya yang lain menurut Kitab Allah daripada orang yang beriman dan orang Muhajirin, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab Allah. 33006

 

7

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ

Dan ingatlah tatkala Kami mengambil perjanjian dari Nabi-nabi, dan dari kamu sendiri, dan dari Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian setia yang teguh. 33007

 

8

ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Agar Ia menyoal orang yang benar beriman tentang iman mereka; dan Ia telah menyediakan bagi orang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 33008

 

9

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ

Wahai orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah kepadamu. Semasa kamu didatangi tentera Al-Ahzaab, lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut dan angkatan tentera dari malaikat yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan. 33009

 

10

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

Ketika tentera musuh datang melanggar kamu dari hulu dan dari hilir kamu; dan ketika pemandangan mata kamu tidak ketentuan arah dan hati pun resah gelisah dan kamu pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. 33010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |