Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Baqarah' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Baqarah' LIMIT 0,10  
Al Baqarah  

1

ﭑ ﭒ

Alif, Laam, Miim. 2001

 

2

  ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ

Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. 2002

 

3

ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ

Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 2003

 

4

ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ

Dan juga orang yang beriman kepada Kitab Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu, dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari Akhirat. 2004

 

5

ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya. 2005

 

6

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka sama ada engkau beri amaran kepadanya atau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. 2006

 

7

ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ

Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. 2007

 

8

ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 2008

 

9

ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman sedang mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. 2009

 

10

ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ

Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta. 2010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |