Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Buruuj  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ

Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang. 85001

 

2

ﭕ ﭖ ﭗ

Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan. 85002

 

3

ﭘ ﭙ ﭚ

Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan. 85003

 

4

ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ

Celakalah kaum yang menggali parit. 85004

 

5

ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ

(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran. 85005

 

6

ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ

(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. 85006

 

7

ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ

Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman. 85007

 

8

ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ

Dan mereka tidak marah dan menyiksakan orang yang beriman itu melainkan kerana orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! 85008

 

9

ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ

Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. 85009

 

10

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ

Sesungguhnya orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan lelaki dan perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). 85010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |