Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Hasyr' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Al Hasyr' LIMIT 0,10  
Al Hasyr  

1

ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucapkan tasbih kepada Allah; Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 59001

 

2

ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ

Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung mereka buat pertama kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan mereka dari azab Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang yang beriman. Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. 59002

 

3

ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ

Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak. 59003

 

4

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ

Yang demikian, kerana mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang menentang Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. 59004

 

5

ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ

Mana-mana pohon kurma yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri atas pokoknya. Maka yang demikian adalah dengan izin Allah dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang yang fasik. 59005

 

6

ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ

Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari peninggalan harta benda mereka, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun; tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 59006

 

7

ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah, dan bagi kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. 59007

 

8

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ

(Iaitu) orang fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya dan harta bendanya kerana mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya, serta menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang yang benar. 59008

 

9

ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ

Dan orang yang mendiami kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka mengutamakan (kaum Muhajirin itu) lebih daripada diri sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada kebakhilannya, maka mereka itulah orang yang berjaya. 59009

 

10

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ

Dan orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami rasa dengki terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu. 59010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |