Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Jinn  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ

Katakanlah: Telah diwahikan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! 72001

 

2

ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Tuhan kami. 72002

 

3

ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ

Dan bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kami daripada beristeri atau beranak. 72003

 

4

ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

Dan bahawa sesungguhnya orang yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran. 72004

 

5

ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ

Dan sesungguhnya kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. 72005

 

6

ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ

Dan sesungguhnya beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. 72006

 

7

ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ

Dan sesungguhnya mereka menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak mengutuskan seorang Rasul pun. 72007

 

8

ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ

Dan bahawasanya kami telah mencari berita langit, lalu kami dapati ia penuh dengan pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan api yang menyala. 72008

 

9

ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ

Padahal sesungguhnya kami dahulu menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. 72009

 

10

ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ

Dan bahawasanya kami tidak tahu apakah keburukan yang dihendaki kepada penduduk bumi, atau Tuhan hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? 72010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |