Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Mujaadalah  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ

Sesungguhnya Allah telah mendengar aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah, sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 58001

 

2

ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ

Orang yang menziharkan isterinya dari kalanganmu (adalah salah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka memperkatakan perkara yang mungkar dari perkataan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. 58002

 

3

ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ

Dan orang yang menziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan, maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua bercampur. Demikianlah kamu diberi pengajaran. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. 58003

 

4

ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ

Maka sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka bercampur. Sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 58004

 

5

ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ

Sesungguhnya orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan ditimpa kehinaan sebagaimana orang yang sebelum mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang nyata. Dan bagi orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina. 58005

 

6

ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah, lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu-persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. 58006

 

7

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang ke empatnya, dan tiada antara lima orang melainkan Dialah yang ke enamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 58007

 

8

ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ

Tidakkah engkau perhatikan akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata kepada diri sendiri: sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan apa yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka Neraka Jahanam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali. 58008

 

9

ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik untuk melakukan dosa, pencerobohan dan menderhakai Rasulullah; dan berbisiklah untuk kebajikan dan takwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpunkan. 58009

 

10

ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari Syaitan, supaya orang yang beriman berdukacita; dan tidaklah ia memudharatkan sedikitpun kecuali dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman berserah diri. 58010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 |