Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Munaafiquun  

1

ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ

Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. 63001

 

2

ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. 63002

 

3

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ

Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami. 63003

 

4

ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka; dan apabila mereka berbicara, engkau (tertarik) mendengar tutur kata mereka. Mereka seperti batang-batang kayu yang tersandar. Mereka menyangka tiap-tiap jeritan adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa mereka. Bagaimana mereka dipalingkan (dari kebenaran)? 63004

 

5

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun untuk kamu, mereka menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. 63005

 

6

ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ

Sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. 63006

 

7

ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ

Merekalah yang berkata: Janganlah kamu berbelanja kepada orang yang ada bersama Rasulullah hingga mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi; akan tetapi orang yang munafik itu tidak memahami. 63007

 

8

ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ

Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah, sudah tentu orang yang kuat akan mengusir keluar daripadanya orang yang lemah. Bagi Allah jualah kemuliaan dan Rasul-Nya serta orang yang beriman; tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui. 63008

 

9

ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. 63009

 

10

ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ

Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang salih. 63010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 |