Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

At Taubah  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ

Pemutusan tanggungjawab dari Allah dan Rasul-Nya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka). 9001

 

2

ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ

Oleh itu hendaklah kamu bergerak di muka bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang yang kafir. 9002

 

3

ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ

Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia, pada hari Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya memutuskan tanggungjawab terhadap orang musyrik; oleh itu jika kamu bertaubat maka itu lebih baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak dapat melepaskan diri dari (azab) Allah. Dan khabarkanlah kepada orang kafir dengan azab yang pedih. 9003

 

4

ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian dari orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli sedikit pun, dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaqwa. 9004

 

5

ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ

Maka apabila habislah bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan keponglah mereka, dan intiplah mereka di setiap tempat mengintipnya. Maka jika mereka bertaubat dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 9005

 

6

ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. 9006

 

7

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ

Bagaimana mungkin adanya perjanjian di sisi Allah dan Rasul-Nya bagi musyrikin? Kecuali orang yang kamu ikat perjanjian dengan mereka di sisi Masjidil Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadapmu, maka berlaku luruslah kepada mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaqwa. 9007

 

8

ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadapmu dan tidak menghormati perjanjiannya. Mereka jadikan kamu bersenang dengan mulut mereka; tidak dihati mereka; dan kebanyakan mereka adalah orang fasik. 9008

 

9

ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. 9009

 

10

ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ

Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang yang beriman, dan merekalah orang yang menceroboh. 9010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |