Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Az Zukhruf' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Az Zukhruf' LIMIT 0,10  
Az Zukhruf  

1

ﮀ ﮁ

Haa, Miim. 43001

 

2

ﮂ ﮃ ﮄ

Demi Kitab Al-Qur'an yang menyatakan kebenaran. 43002

 

3

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab Al-Quran itu dalam bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. 43003

 

4

ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ

Dan sesungguhnya Al-Qur'an itu dalam Ibnu Suratan di sisi Kami sangat tinggi kemuliaannya, lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat. 43004

 

5

ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ

Patutkah Kami menjauhkan peringatan Al-Qur'an daripadamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau-lampau buruk keadaannya? 43005

 

6

ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Dan ingatlah, berapa banyak Nabi-nabi yang Kami telah utuskan kepada umat-umat terdahulu. 43006

 

7

ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ

Dan tidak ada seorang Nabi pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersendakannya. 43007

 

8

ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ

Lalu Kami binasakan orang yang lebih kekuatannya daripada mereka; dan telahpun disebutkan tentang misal perbandingan mengenai umat yang telah lalu. 43008

 

9

ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ

Dan Jika kamu bertanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Mereka akan berkata: Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. 43009

 

10

ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagimu di bumi jalan-jalan, supaya kamu mendapat petunjuk. 43010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |