Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Ibrahim' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Ibrahim' LIMIT 0,10  
Ibrahim  

1

ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ

Alif, Laam, Raa. Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 14001

 

2

ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang yang kufur dari azab yang amat berat. 14002

 

3

ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

Orang yang mengutamakan kehidupan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok, mereka itulah orang yang sesat jauh. 14003

 

4

ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ

Dan Kami tidak utuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 14004

 

5

ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ

Dan sesungguhnya Kami utuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan berkata: Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya iman dan ingatkan mereka akan hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi setiap orang yang sabar, lagi kuat bersyukur. 14005

 

6

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ

Dan tatkala Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari pengikut Firaun yang menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk, dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. 14006

 

7

ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. 14007

 

8

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ

Dan Musa berkata: Jika kamu dan orang yang ada di bumi seluruhnya berlaku kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. 14008

 

9

ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ

Bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang yang sebelummu, iaitu kaum Nuh, Aad dan Thamud serta orang yang sesudah mereka? Tidak ada yang mengetahui mereka kecuali Allah. Mereka telah didatangi Rasul-rasul yang membawa keterangan yang nyata, lalu mereka menutup tangan mereka ke mulut dan berkata: Sesungguhnya kami ingkarkan apa yang kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya. 14009

 

10

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ

Rasul-rasul mereka berkata: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu untuk mengampunkan kamu dari dosamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata. 14010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 |