Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 


(mysql): SELECT * FROM `holyquran` WHERE `nosurah` = '' ORDER BY `id` ASC  

(mysql): SELECT COUNT(*) FROM holyquran WHERE surahrumi='Muhammad' LIMIT 1  

(mysql): SELECT * FROM holyquran WHERE surahrumi='Muhammad' LIMIT 0,10  
Muhammad  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ

Orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka. 47001

 

2

ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ

Dan orang yang beriman dan beramal salih serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka. 47002

 

3

ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ

Yang demikian kerana sesungguhnya orang kafir menurut perkara yang salah, dan orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka. 47003

 

4

ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ

Maka apabila kamu berjuang menentang orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan kukuhkan ikatan mereka. Setelah itu, bolehlah memberi kebebasan atau dijadikan tebusan, sehinggalah berakhir peperangan jihad itu Demikianlah! Dan sekiranya Allah kehendaki, tentulah Ia binasakan mereka; tetapi Ia hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah, maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. 47004

 

5

ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ

Allah akan memimpin mereka dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna. 47005

 

6

ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ

Serta memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan kepada mereka. 47006

 

7

ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ

Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 47007

 

8

ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ

Dan orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan Allah akan sia-siakan amalan mereka. 47008

 

9

ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ

Demikian itu kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah, lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. 47009

 

10

ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang kafir sebelum mereka? Allah telah hancurkan mereka; dan orang kafir akan beroleh akibat seperti itu. 47010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 |