Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Yaassiin  

1

ﭬ ﭭ

Yaa Siin. 36001

 

2

ﭮ ﭯ ﭰ

Demi Al-Qur'an yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. 36002

 

3

ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ

Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah seorang Rasul dari Rasul-rasul yang telah diutus. 36003

 

4

ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ

Yang tetap di atas jalan yang lurus. 36004

 

5

ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ

Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. 36005

 

6

ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ

Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. 36006

 

7

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. 36007

 

8

ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ

Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka sampai dagu mereka terdongak. 36008

 

9

ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ

Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat. 36009

 

10

ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ

Dan sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. 36010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |