Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Yunus  

1

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ

Alif, Laam Raa. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh. 10001

 

2

ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahikan kepada seorang lelaki dari jenis mereka Berilah amaran kepada manusia dan gembirakanlah orang yang beriman, bahawa bagi mereka kedudukan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka. berkatalah orang kafir yang merasa hairan itu: Sebenarnya (Al-Qur'an) ini ialah sihir yang nyata. 10002

 

3

ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya. Yang demikian itulah Allah Tuhan kamu; maka sembahlah Dia; patutkah kamu tidak mahu mengingati-Nya? 10003

 

4

ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ

Kepada-Nyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya, untuk membalas orang yang beriman dan beramal salih dengan adil; dan orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur. 10004

 

5

ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui. 10005

 

6

ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda kepada kaum yang mahu bertaqwa. 10006

 

7

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ

Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan akan menemui Kami, dan yang redha dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat Kami. 10007

 

8

ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ

Mereka yang demikian keadaannya, tempat kediaman mereka kelak ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. 10008

 

9

ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka. Mengalir sungai-sungai di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. 10009

 

10

ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ

Doa mereka di dalam Syurga itu: Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Dan ucapan penghormatan mereka: selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka: segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam! 10010





 

          

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 |  2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |